Mengenai syarikat

Sejak tahun 2003, kami telah mengembangkan teknologi tempahan, trak, bantuan di tepi jalan, pembelian dan penghantaran yang inovatif yang menjadikan perkhidmatan kami lebih moden, berpatutan dan lebih selamat.

Dengan mengambil kira ciri-ciri bandar-bandar besar dan luar bandar, kami memberikan pengguna peluang yang berbeza untuk berinteraksi secara efektif berdasarkan satu perkhidmatan. Pelanggan boleh menempah perkhidmatan dengan cara yang mudah. Pemandu mengoptimumkan proses mencari, mengurangkan jarak tempuh dan waktu henti bagi melengkapkan tempahan.

Tinggalkan permohonan

Dinamik pembangunan perkhidmatan yang pantas

Dalam 6 tahun pertama, operasi telah dilakukan di 4 buah bandar

Pada tahun 2009, kami telah membuka cawangan di 7 buah bandar baharu

Pada tahun 2010 - 17 buah bandar dan kemudiannya kami telah membuka cawangan-cawangan di lebih daripada 20 buah bandar dalam setahun

Pada tahun 2020, geografi perkhidmatan ini beroperasi di lebih daripada 500 kawasan dalam Rusia

Pada tahun 2021, perkhidmatan telah beroperasi lebih daripada 1000 kawasan

Di setiap bandar, kami meningkatkan persaingan, bekerja untuk kepentingan orang ramai dan ekonomi

Kami mencipta platform digital industri untuk interaksi pengguna secara langsung beberapa tahun sebelum ianya menjadi trend global. Pada tahun 2007, kami telah bertukar perkhidmatan pemandu dari penggunaan radio ke aplikasi mudah alih untuk beroperasi dengan tempahan.

Pendekatan inovatif untuk menjalankan perniagaan dan keinginan untuk memenuhi keperluan para pengguna yang sentiasa berubah telah menyumbangkan kepada transformasi dan pembentukan pasaran moden untuk perkhidmatan pengangkutan.

Kami berbangga kerana cita-cita dan pengalaman kami, kompleks perkakasan dan perisian yang terbaik telah dibangunkan yang memastikan operasi perkhidmatan dan menyediakan analisis terperinci untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel.

Sebilangan besar tempahan diterima sepanjang masa melalui telefon, dari laman sesawang kami dan melalui aplikasi Maxim. Ianya diterima dan diproses oleh pusat hubungan khusus terbesar di Rusia. Ia juga melayani para pemandu dan rakan penghantar yang menangani tempahan melalui aplikasi Taxsee Driver. Berdasarkan keperluan, sistem latihan profesional untuk pengendali telah dibangunkan.

Pada tahun 2014, kami mula beroperasi di luar Persekutuan Rusia, membuka cawangan-cawangan di negara-negara terdekat dan jauh di luar negara. Kami telah berkembang menjadi syarikat bertaraf antarabangsa.

Pada tahun 2016, perkhidmatan kami adalah yang pertama dalam pasaran pengangkutan yang menawarkan sokongan kepada pengusaha yang mahu membuka perniagaan mereka
Kami menyediakan latihan untuk rakan kongsi, menawarkan latihan amali di syarikat kami dan memberikan sokongan penuh sepanjang keseluruhan aktiviti. Kami membina perniagaan bersama dan juga sentiasa mengembangkan rangkaian kami.
Kami berusaha untuk menjadi jenama sejagat supaya apabila korang berjalan ke negara yang berbeza, tidak kira di mana berada, mereka boleh menggunakan Maxim.
Dinamik terbaik perkembangan perniagaan rakan kongsi

Pada tahun pertama setelah bermulanya program, kami telah menandatangani lebih dari 100 buah kontrak dengan rakan kongsi untuk pengembangan perkhidmatan di bandar-bandar mereka.

Secara keseluruhan, lebih daripada 400 buah kontrak telah ditandatangani dan dibayar untuk tahun 2020.

Lebih daripada 300 buah bahagian berfungsi dengan stabil, manakala yang lain-lainya berada di peringkat persiapan dan pelancaran. Ini adalah hasil terbaik di pasaran pengangkutan di Rusia.

Statistik kami menunjukkan bahawa rakan kongsi paling berkesan bekerja di bandar-bandar kecil dengan jumlah penduduk 10 hingga 100 ribu orang, di mana perantara persekutuan belum beroperasi. Syarikat tempatan tidak mampu mengembangkan perisian yang mahal dan standard perkhidmatan moden. Kontrak perkhidmatan membolehkan para pengusaha mendapatkan keuntungan yang ketara di pasaran dengan segara.

80 %
kontrak ditandatangani di bandar-bandar dengan populasi 10 hingga 100 ribu orang
17 %
kontrak ditandatangani di bandar-bandar dengan populasi 100 ribu hingga 100 juta orang
3 %
kontrak ditandatangani di bandar-bandar yang mempunyai lebih dari 1 juta orang

Perniagaan yang disokong oleh perkhidmatan ini dibuka di banyak negara

Selalunya, mereka yang berminat dengan tawaran ini ialah pengusaha yang memiliki syarikat teksi mereka sendiri, atau mereka yang ingin melaburkan wang dalam perniagaan pengangkutan dan mengupah pengurus untuk menerima pendapatan pasif. Satu pertiga daripada rakan perkhidmatan ialah pendatang baru yang mengembangkan perniagaan mereka sendiri dari awal.

Secara purata, masa yang diperlukan untuk melancarkan perniagaan ialah tiga bulan dan tempoh pembayaran balik adalah sekitar enam bulan.

Pendapatan rakan kongsi adalah komisen dari setiap tempahan yang diselesaikan, iaitu jumlah yang ditetapkan secara bebas.

Tinggalkan permintaan untuk rundingan secara percuma, dan pakar kami akan menghubungi anda.

Tinggalkan permohonan

Terima kasih atas permohonan anda!

Kami telah menghantar e-mel kepada anda dengan syarat-syarat kerjasama dan pelan perniagaan. Pakar kami akan menghubungi anda tidak lama lagi.

Ketahui lebih lanjut mengenai Maxim.

Muat turun persembahan Tonton bahan video

Dapat perundingan sekarang

sales_id@taximaxim.com

youtube